Salam & hai Khairilz.
Terima kasih kami ingin ucapkan di atas respon anda terhadap
email-email kami sebelum ini.
Sekali lagi kami ingin nyatakan bahawa berniaga dengan menggunakan
konsep dropship merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda
menjana RM10 yang pertama di Internet.
Sebelum kita berbicara mengenai keuntungan puluhan ribu ringgit
setiap bulan, eloklah jika anda mengambil serius perniagaan
menggunakan konsep dropship ini.
Pada email kali ini kami ingin terangkan kepada anda bagaimana
hendak mencari sumber untuk anda berniaga produk secara dropship.
1) Melalui kedai-kedai berhampiran anda.
Inilah yang kami lakukan satu ketika dahulu ketika menjual kain
batik secara online. Kami menggunakan konsep dropship yang mana
kami berurusan dengan kedai batik berhampiran rumah kami.
Kami mengambil gambar produk dan masukkan ke dalam laman web kami
kemudian kami 'mark up' harga berdasarkan harga pasaran. Kami dapat
untung RM30-RM50 bagi setiap kain pasang yang terjual.
Namun, kami tahu bahawa tak ramai sanggup lakukan cara ini kerana
ada perasaan MALU & KURANG KEYAKINAN DIRI. Betul tak?
2) Melalui kedai online yang ada.
Ini cara bagi orang yang ada perasaan malu untuk berurusan secara
konvensional. Anda boleh lakukan urusan dropship dengan kedai
online yang anda rasakan sesuai. Semuanya online!
Sejak 2 tahun yang lepas, pihak kami telah mendidik segelintir
rakyat Malaysia untuk membuka kedai online mereka sendiri
menggunakan Niagakit.
Jadi sekarang anda boleh manfaatkan kewujudan mereka dengan
berurusan agar anda dapat menjual produk mereka secara dropship.
Anda boleh ambil gambar mereka dan jual di mana sahaja yang anda
rasakan sesuai.
Jika mereka setuju maka BINGO! Kami sendiri pernah melakukan cara
kedua ini dengan menjual produk di eBay. Namun, kelemahan method
kedua ini ialah kebanyakkan sesebuah kedai online terhad dengan
beberapa jenis produk sahaja.
3) Langgan web dropship.
Aha! Ini juga satu langkah yang bijak kerana mereka menyediakan
segala-galanya untuk anda. Di internet ni ada laman web yang
menyediakan perkhidmatan dropship di mana mereka memahami segala
kehendak anda.
Mereka menyediakan gambar yang cantik untuk anda guna sebagai
tujuan promosi. Mereka juga menyediakan kepada anda ribuan produk
untuk anda jual. Ini menjimatkan banyak masa anda.
Namun, kebanyakkan web dropship ini akan mengenakan caj bulanan
kepada anda. Jika laman web dropship international, mereka akan
kenakan bayaran $30-$50 sebulan untuk anda menjadi ahli mereka.
Dan ada juga laman web dropship yang 'scam' dimana apabila kita
menjual produk kepada pelanggan, laman dropship ini tidak
menghantar barang pun kepada pelanggan kita. Akhirnya, kita perlu
pulangkan kembali wang kita kepada para pelanggan. Rugi.
Itu sahaja perkongsian kami kepada anda kali ini. Selamat memilih
method yang anda rasakan paling sesuai dengan diri anda. Kami
sekadar berkongsi pengalaman kami yang tidak seberapa.
Jana wang segera sekarang Khairilz!
Salam hormat.
Hasbul Aqill & Aqif Azizan.
Flarebiz Network.
P.S: Kami bercadang untuk menganjurkan satu seminar yang berbicara
mengenai perniagaan dropship ini di Kuala Lumpur, Johor Baharu,
Kelantan & Penang. Itupun kalau ramai yang berminat.
Seminar ini PERCUMA sahaja kerana mungkin seminar ini akan ditaja.
Doa & sokongan anda amat di hargai. :-)
******
Email ini di hantar kerana anda subscribe dengan Flarebiz Network
di salah satu laman web kendalian kami. Di sini maklumat anda:
Nama: Khairilz
Email: mohdzulkhairil@gmail.com
Tarikh Subscribe: Mar. 24, 2010
Pihak kami berharap anda enjoy dengan email kami dan anda boleh
unsubscribe daripada pihak kami pada bila-bila masa sahaja.
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jIxsHBycLLQsnMwcHEwcjLRGtIwMzEzs7Kws