Hai Khairilz, Zhafran & Labanon dari Flarebiz Network di sini.
Sejak lima tahun yang lalu kami sendiri telah disogok bahawa untuk
memulakan perniagaan Internet merupakan satu perniagaan yang
menelan kos yang murah.
Memang betul kerana dengan kos kurang dari RM1,000 anda sudah boleh
memulakan perniagaan Internet sendiri. Mungkin lebih rendah.
Ramai yang gembira dengan hakikat tersebut.
Impak negatifnya apabila kita telah tetapkan di minda bahawa
perniagaan Internet adalah satu perniagaan yang berkos rendah.
Akibatnya perniagaan Internet yang dijalankan lambat untuk
berkembang atau lebih parah perniagaan Internet yang dijalankan
tidak berjaya.
Lima tahun kami menjalankan perniagaan Internet dengan menjual
produk sendiri dan kami mula sedar bahawa modal adalah sesuatu yang
penting di dalam perniagaan.
Memang sebagai permulaan perniagaan kita akan cuba untuk bermula
dengan kos paling minima tetapi adakah sehingga satu tahap
perniagaan kita boleh berkembang...
... adakah kita masih takut untuk menurunkan modal yang besar?
Beberapa hari lepas kami membaca temubual bersama jutawan-jutawan
Internet yang menjual produk fizikal dan rata-rata mereka bersetuju
bahawa modal adalah sesuatu yang penting.
Ya, mereka bermula kecil tetapi sampai satu tahap mereka sudah
buang di dalam minda mereka bahawa perniagaan Internet perlu
bermodal kecil.
Sebagai contoh, Adam Bernhard salah seorang jutawan Internet yang
sentiasa membelanjakan lebih RM60,000 setiap bulan untuk kos
pengiklanan online ke kedai online beliau.
Susan Gregg-Koger seorang remaja perempuan juga mengembangkan
perniagaan online beliau setelah mendapat modal RM100,000 daripada
orang yang terdekat sehinggakan menjadikan beliau jutawan internet
dengan menjual pakaian.
Khairilz, jangan terlalu skeptik dengan perniagaan Internet
sehinggakan terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang kerana
perniagaan Internet juga sama seperti perniagaan biasa.
Jangan takut untuk mengeluarkan wang bagi membina website yang
canggih, rekabentuk web yang menarik, bagi pemasaran dan sebagainya.
Pada pendapat peribadi kami, duit yang dilaburkan dapat memendekan
tempoh untuk kita mencapai kejayaan. Itupun jika dilaburkan dengan
betul.
Pastikan anda melabur dengan perniagaan sendiri sahaja dan bukannya
dengan skim-skim yang entah apa-apa.
Insyallah menjadi jutawan Internet bukan sesuatu yang mustahil lagi
apabila anda tidak skeptik dengan modal yang rendah bagi perniagaan
internet.
Sebagai penutup, renungi:
If you don't take any risks, there will not be any rewards.
Jumpa lagi!
Zhafran & Labanon,
Founder Flarebiz Network.
P.S: Apa-apapun sila ukur baju dibadan sendiri, mula dengan apa
yang ada di tangan. Jangan jadikan tiada modal sebagai alasan untuk
tidak bermula. :-)
============================================
5 Tempat Kosong Untuk Mini-Seminar 25 September
============================================
Pada 25hb September 2010 ini kami akan mengadakan mini-seminar
mengenai cara buat duit dengan produk fizikal berdasarkan
pengalaman kami.
Hubungi Adly Mukhtar (010-4071227)untuk sebarang pertanyaan
mengenai mini-seminar ini.
Kami dengan rendah diri ingin menjemput anda hadir ke sesi
mini-seminar kami dengan harga RM20 sahaja.
Daftar sekarang di: http://niagakit.com/mini-seminar
Tempat hanya terhad untuk 20 orang sahaja. Tinggal 3 tempat kosong
sahaja lagi.
FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jIxsHBycLLQsnMwcHEwcjLRGtOwc7JysTAw=
No comments:
Post a Comment