Wednesday, December 8, 2010

Khairilz, 3 Faktor KeGAGALan Perniagaan Internet.

=====================================================
Seminar Menjual Produk Di Internet Pada 11hb Disember 2010!
=====================================================

Khairilz, kami akan menganjurkan Akademi Usahawan: Seminar Menjual
Produk Di Internet pada 11hb Disember ini bertempat di UIA Gombak.
Di seminar ini anda akan diedahkan dengan teknik sebenar untuk
menjual produk fizikal di Internet.

Layari: [+] http://www.AkademiUsahawan.com

Hubungi 03-4023 464 (Pejabat) / 010-4071227 (Adly) / 010-4030403
(Zhafran) untuk sebarang pertanyaan berkaitan seminar ini. 95%
berpuas hati dengan kandungan seminar kami! :-)

=====================================================

Salam & hai Khairilz,

Apa khabar? Kami doakan agar anda sentiasa sihat dan ceria untuk
membaca email dari kami di Flarebiz Network.

Tahun 2011 akan menjelma dan ini bermakna kami telah melalui fasa 5
tahun di dalam perniagaan Internet. Bukanlah satu tempoh yang lama
tetapi sudah cukup kami rasa sendiri asam garam perniagaan ini.

Apa yang boleh kami simpulkan, faktor kegagalan seseorang individu
di dalam perniagaan Internet terbahagi kepada tiga:

1) Salah memilih model perniagaan - Rata-rata usahawan Internet
yang pernah gagal setuju bahawa mereka tersilap memilih model
perniagaan. Ada yang menjual produk fizikal sedangkan mereka tidak
mempunyai banyak masa untuk menghantar produk.

Malah ada juga yang hanya terikut-ikut orang lain di dalam menjual
produk fizikal. Contohnya, kita melihat si A laku menjual keropok
lekor di Internet sedangkan dia tinggal di Terengganu. Kita pula
tinggal di KL yang susah untuk dapatkan produk tersebut.

2) Salah memilih platform perniagaan - Ramai juga usahawan Internet
yang gagal kerana memilih platform yang silap. Di Internet kita
menggunakan website untuk menjual produk. Namun, produk itu sendiri
terbahagi kepada beberapa jenis contohnya minisite, shopping cart,
blog & sebagainya.

Biasanya kita sukar untuk mengenalpasti apakah platform yang
sesuai. Ada yang hanya menjual satu produk sahaja tetapi
menggunakan platform shopping cart. Sedangkan platform yang paling
sesuai ialah minisite. Platform ini juga menjadi system pengurusan
perniagaan Internet kita.

3) Tidak melakukan pemasaran yang berkesan - Kegagalan sesuatu
perniagaan juga berkait rapat dengan pemasaran. Diakui bahawa
Internet merupakan satu medium pemasaran yang termurah di dunia.
Sudah banyak syarikat-syarikat besar memilih Internet sebagai
medium pemasaran mereka.

Pemasaran pula terbahagi kepada dua iaitu percuma dan berbayar.
Masing-masing mempunyai pro dan con. Pengiklanan percuma akan
menelan masa dan pengiklanan berbayar pula akan menelan duit.
Tetapi masa itu emas kan? Gagal menguasai cara pemasaran yang
sesuai, maka anda akan gagal di dalam perniagaan Internet.

Itulah 3 faktor yang kami dapat kenalpasti sebagai faktor dominan
kenapa seseorang itu gagal di dalam perniagaan Internet.

Bukan sekadar pemasaran yang perlu kita tekankan, tetapi model
perniagaan & platform juga perlu ditekankan agar kita dapat
mengelak kegagalan di dalam perniagaan Internet.

Jumpa lagi Khairilz!

Zhafran & Labanon,
Flarebiz Network.

P.S: Anda boleh sebarkan email kami ini andaikata ia dapat memberi
manafaat kepada mereka yang lain.

FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jIxsHBycLLQsnMwcHEwcjLRGtBysjAzMzJw=

No comments:

Post a Comment