Sunday, April 17, 2011

[Persatuan Usahawan Internet Malaysia] Berikut adalah Laporan Mini Seminar Siri 1 yang...

Berikut adalah Laporan Mini Seminar Siri 1 yang lepas. Sekali lagi diucapkan Terima kasih buat Speaker Rasmi iaitu Saudara Zahrul Azua & Safuan Sipenglipurlara daripada Team PEMIKAT.
Rahman Basri 18 April 00:23
Berikut adalah Laporan Mini Seminar Siri 1 yang lepas. Sekali lagi diucapkan Terima kasih buat Speaker Rasmi iaitu Saudara Zahrul Azua & Safuan Sipenglipurlara daripada Team PEMIKAT.

Laporan Mini Seminar PUIM Siri 1: Asas Membina Surat Jualan
 
Tarikh: 9 April 2011 
Masa: 10am - 1pm
Lokasi: Inspired Partners Training Center (IPTC), Pusat Hentian Kajang, Kajang, Selangor
 
Penceramah;
 
En. Zahrul Azua
Penulis buku 'Rahsia Membina Senjata Jualan'Penulis buku 'Rahsia Jurus Pemikat Jualan'Penulis ebook bersama 'Rahsia Pemikat Jualan'
 
En. Raja Safuan
Penulis ebook bersama 'Rahsia Pemikat Jualan'
 
Jemputan VIP Majlis Penutup:
  En. Mohd Azrul Mohd Noor (Presiden PUIM)

 
 
Pada Sabtu 9 April 2011, Persatuan Usahawan Internet Malaysia telah menganjurkan mini-seminar berkaitan 'Asas Membina Surat Jualan' yang diadakan di IPTC Kajang. Ianya merupakan mini-seminar pertama yang dianjurkan oleh pihak PUIM dalam siri mini-seminar 2011.
 
Pendaftaran dibuka dengan tempat terhad kepada komuniti usahawan internet Malaysia dan dihadiri oleh 26 peserta dengan yuran penyertaan RM30.
 
Penyampaian pertama disampaikan oleh En.Safuan membincangkan tentang bagaimana mencipta satu 'headline' yang hebat dan fungsi 'headline' sebagai nyawa bagi setiap surat jualan.
 
Sesi seterusnya daripada En.Zahrul Azua pula membincangkan mengenai aliran surat jualan itu sendiri. Beliau mendedahkan bagaimana surat jualan yang ideal dan 'bernyawa' harus dihasilkan dengan contoh-contoh surat jualan yang telah berjaya menghasilkan jualan secara online.
 
Sesi soal jawab diadakan di penghujung majlis dan penutup oleh En.Mohd Azrul Mohd Noor yang memperkenalkan PUIM sebagai wadah untuk usahawan internet Malaysia bergerak maju dengan bisnes atas talian mereka.
 
Majoriti peserta amat berpuas hati dengan mini-seminar kali ini kerana penyampaian yang dilakukan padat dengan informasi daripada penceramah yang sememangnya pakar dalam penulisan surat jualan.
 

 
Semoga dengan Mini Seminar ini memberi ILMU yang berguna kepada semua peserta yang hadir. Kami di PUIM mendoakan kejayaan anda dalam Perniagaan Internet ini. Amiin.
 
 
SEKIAN TERIMA KASIH.
 
 
=======================================================
Mini Seminar Siri 2 Bersama Shuth, Pengasas Wangcyber.com ~ RAHSIA EBOOK BESTSELLER
=======================================================

 
Sila Layari pautan ini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Mini Seminar ke-2 ini
 
[+] http://www.facebook.com/event.php?eid=180072282043087
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.

View Post on Facebook · Edit email settings · Reply to this email to add a comment.

No comments:

Post a Comment