Tuesday, June 28, 2011

Khairilz, Cara Menjana RM300 Sebulan Dengan Dropship?

Salam & hai.

Alhamdulillah ramai yang memberikan 'feedback' bahawa mereka
berminat dengan email kami yang sebelum ini mengenai 'dropship'.

Khairilz, email kali ini kami akan tunjukkan kepada anda situasi
bagaimana anda boleh menjana pendapatan RM300 sebulan dengan
menggunakan konsep dropship.

Kami ketengahkan kepada anda satu kisah benar. Namun, kami telah
mengubah beberapa perkara mengenai beliau demi menjaga privacy
beliau.

Cukuplah dengan gelaran Ali...

Ali menyertai sebuah program dropship di Internet yang menawarkan
ratusan produk untuk dijual kepada para pelanggan.

Ali telah memilih untuk menjual t-shirt berkolar lelaki ala-ala
jenama Polo yang ditawarkan oleh program tersebut. Harga borong
bagi t-shirt lelaki tersebut ialah RM25 dan harga pasaran pula
ialah RM40.

Jadi keuntungan kasar di situ ialah RM15!

Ali telah mencipta satu Facebook Fan Page khas yang di beri nama
"Kami Suka T-shirt Berkolar!" yang telah mencecah 450 fans dalam
masa sebulan.

Dengan bermodalkan sekeping gambar, Ali secara purata telah berjaya
menjual 3 helai t-shirt berkolar setiap minggu di Fan Page tersebut.

Sebulan Ali berjaya menjual secara purata 12 helai t-shirt yang
memberikan jumlah jualan sebanyak RM480.

Selain itu, Ali juga ada menjual t-shirt lelaki ini kepada
rakan-rakan sepejabatnya kerana mereka asyik bertanya di manakah
Ali mendapat t-shirt lelaki yang sangat menarik tersebut.

Oleh kerana Ali adalah seorang yang peramah, beliau berjaya menjual
10 helai t-shirt berkolar lelaki tersebut di pejabat setiap bulan
yang bernilai RM400.

Secara total, Ali berjaya menjual 22 helai t-shirt berkolar yang
memberikan jumlah jualan sebanyak RM880.

Daripada jumlah tersebut, Ali mendapat keuntungan bersih sebanyak
RM330 berdasarkan keuntungan RM15 bagi sehelai baju yang terjual.

Nampaknya Ali berjaya mendapat keuntungan bersih RM330 sebulan
tanpa perlu simpan stok, tanpa perlu hantar produk & sebagainya.

Kisah Ali di atas hanyalah cebisan kecil daripada ratusan kisah
kejayaan mereka yang berjaya menjual produk menggunakan konsep
dropship secara online ataupun offline.

Kami hanya ketengahkan satu cerita yang realistik untuk dicapai
oleh anda.

Apa yang kami tahu, ada individu terdekat kami berjaya menjana
pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan dengan menggunakan
konsep dropship ini.

Beliau juga menjual pakaian. ;)

Pada email akan datang, kami akan terangkan kepada Khairilz
cara-cara untuk mencari produk untuk dijual menggunakan konsep
dropship ini. Okay?

Jumpa lagi!
Hasbul Aqill & Aqif Azizan,
Flarebiz Network Sdn. Bhd.

P.S: Dah ramai yang meminta kami anjurkan seminar ringkas mengenai
dropship. Nanti kami fikirkan cadangan anda. Terima kasih.

******

Email ini di hantar kerana anda subscribe dengan Flarebiz Network
di salah satu laman web kendalian kami. Di sini maklumat anda:

Nama: Khairilz
Email: mohdzulkhairil@gmail.com
Tarikh Subscribe: Mar. 24, 2010

Pihak kami berharap anda enjoy dengan email kami dan anda boleh
unsubscribe daripada pihak kami pada bila-bila masa sahaja.


FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?jIxsHBycLLQsnMwcHEwcjLRGtIwMTOycDBys

No comments:

Post a Comment